Saturday, July 23, 2011

Assalamualaikum w.b.t

Puji2-pujian hanya kepadaNya..alhamdulillah..pada saat ini sekitar jam di skrin hampir2 ke pukul 3.47 pagi,tiba2 hatiku mula terdetik untuk mula menterjemahkan suatu cerita..mungkin dek kerana melihat ramai rakan2 dalam blog yang sebelum ini nampak menyepi seketika dan kini sudah mula mengisi ruang laman sesawang mereka yang telah lama bersawang..mana tahu mungkin juga ada virus2 yang telah hidup didalam laman mereka..

      Seperti biasa,mungkin bila mana laman sesawangku sudah berubah wajah maka mungkin juga suatu semangat baru lahir dalam benak fikiran ini untuk mula mengarang. Tetapi tidaklah sampai bercita2 menjadi pengarang akhbar,bukan apa akhbar ni yang menulis berita pun manusia kadang kala kebanyakan berita bukanlah benar semua malah ada yang mengarut dan sebagainya(bukan ini tajuk yang mahu dikupaskan)

Idea tak datang2 kejap ade kejap tak de..macam iklan chipsmore….

Sesuatu yang mungkin tidak di izinkan oleh Allah s.w.t..

     Kebiasaan rutin harianku setiap hari..tetapi hari ini,apa yang ingin diceritakan ialah sekitar jam6 pagi,aku dikejutkan dari lena yang pendek oleh bapaku untuk solat subuh berjemaah disurau. Seperti hari2,aku seorang yang susah untuk tidur malam biasanya mataku mula terpejam disaat jam hampir2 ke jam 4 pagi maka bila tidurnya pun agak kelewatan sudah wajiblah aku susah untuk dikejutkan. Jadi akulah yang biasanya akan membuat ibu bapaku mengamuk diawal pagi,biasanya cara kedua2 mereka mengejutkan aku berbeza sekali.
 
ayah: kejut,marah dan tinggal..ayahku hanya marah sahaja..
mak: kejut,tapi ada cara tambahan,renjis air dimuka,siram air,tekan ibu jari kakiku,talkin seoalah macam orang sudah mati,cubit dll.. Walaupun ia berkesan namun mengambil masa yang agak lama untuk terus bangun meninggalkan katil & tilam empuk tersebut..

     Inilah sebahagian ujian bila berada dirumah. Tetapi berlainan bila diriku berada di tempat lain kebiasaannya memang akan terjaga dengan sendirinya walaupun tiada ayah,mak atau adik beradik yang mengejutkan.
Teruskan pada apa yang ingin diceritakan,pada hari sabtu pagi kelmarin seperti biasa solat subuh berjemaah di surau,selepas solat dan doa ayahku terus berkata “kita mesyuarat kejap..” aku dan adik beradikku hanya mampu mengangguk “ya” hakikatnya waktu mengantuk sangat2 tapi teliga masih mendengar apa yang ayah katakan..

“pagi ni kita gotong-royong bersihkan kawasan sekitar rumah dan dalam rumah ye.cam na boleh ke?”kata ayah kepada kami adik 6 beradik.
“insyaAllah boleh je..tak de masalah” kami adik beradik menyahut.
“ok.camtu pkul berapa kita nak mulakan gotong-royong kita?” ayah bertanya..

“Pukul 8..?”kata adikku yang no 3.
“pukul 9” kata adikku no 2.
“pukul 8.30 “lah.kataku..

Maka ayah memutuskan pukul 9,tetapi satu persoalan yang ayah timbulkan..
“korang semua ni boleh ke mula pukul 9?”ayah bertanya.
Kami hanya mampu tersenyum walaupun mata tidak dapat dibuka dengan luas.
“ok,kalau macam tu,pukul 9 semua dan siap,tak perlu dikejutkan”..

      Kami adik beradik pulang dari surau ke rumah,niatnya tak nak tidur kuatir tak terbangun.tetapi apa boleh buat mata terlampau mengantuk kami adik beradik semua tidur. Jam 9,aku mula terjaga tetapi adikku beritahu kita tak boleh nak gotong royong sekarang kerana ada kehadiran kawan2 ayah. Maka niat kami untuk bergotong royong bersama terbatal dengan sendirinya.

aku pun sambung tidur…..:)

p/s:post yang agak mengarut sebab takde idea tapi nk post jugak…

1 ulasan:

Teratak Chipmunk said...

(^^,)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...