Assalamualaikum w.b.t
Sebuah perbualan yang seakan-akan perbualan nabi sulaiman dengan Allah S.W.t kisah yang diceritakan oleh seorang ulama':
nabi sulaiman berkata: wahai Allah,aku ini seorang nabi.
Allah menjawab: Ya memang engkau seorang nabi yang telah di utus oleh aku.
nabi sulaiman berkata lagi: benar Ya Allah.aku adalah utusanMu
Allah bertanya: jadi apa yang engkau mahu wahai sulaiman.
nabi sulaiman menjawab: wahai Allah,aku adalah seorang nabi,aku juga diberi keistimewaan daripadaMu untuk mentadbir makhluk2 yang ada dimuka bumi ini.
Allah menjawab: benar wahai sulaiman,tetapi semua itu tidak akan terjadi tanpa izin daripadaKu
nabi sulaiman berkata lagi: haiwan2,jin2,makhluk2 samaada yang hidup di darat mahupun di dalam air juga unsur air,udara,angin dan air semua dibawah tadbiranku Ya Allah.
Allah bertanya pada nabi sulaiman: jadi apa yang engkau mahukan sulaiman?
nabi sulaiman menjawab: wahai Allah, hari ini aku telah mampu untuk mengantikan tanggungjawabMu,aku mempunyai bala tentera yang ramai.
Allah menjawab: wahai sulaiman,sememangnya engkau tidak akan mampu mengantikan tugasKu..
nabi sulaiman bertanya: mengapakah Ya Allah,aku mampu mengarahkan bala tenteraku untuk menerima arahan daripadaku..
Allah menjawab: sulaiman usahlah engkau berasa bangga dengan apa yang engkau ada,sesungguhnya apa yang ada dimuka bumi ini dan seluruh isinya adalah dibawah penguasaanku.
nabi sulaiman berkata: Ya Allah,izinkanlah aku untuk mengantikan tugasMu hanya dengan memberi makan kepada makhlukMu sahaja.. benarkanlah Ya Allah.
MAKA Allah telah mengizinkan nabi sulaiman untuk memberi makan kepada seekor ikaun paus yang hidup dilautan..
Allah berkata: wahai sulaiman,baiklah aku izinkan engkau untuk memberi hanya seekor ikan paus.. engkau berikanlah ia makan dengan sepuasnya.
nabi sulaiman menjawab: terima kasih wahai Allah akan aku uruskan hal ini..
MAKA nabi sulaiman pulang ke istana dan mengarahkan segala bala tenteranya untuk mendapatkan makanan supaya dapat diberikan kepada ikan paus tersebut. tempoh diberikan selama 3 hari
makanan tersebut mestilah menjadi sebuah longgokan makanan yang besar.
BERLALU hari yang telah dijanjikan,maka makanan untuk ikan paus tersebut disediakan dan dilonggokan menjadi 1 longgokan makanan diletakan ditepi laut. nabi Allah sulaiman pun meminta keizinan daripada Allah s.w.t untuk mendatangkan ikan paus tesrsebut.
nabi sulaiman berkata: wahai Allah segala persiapan telah aku selesaikan.
MAKA dengan izin Allah s.w.t seekor ikan paus yang besar telah hampir ke tepi laut dan terus menyambar santapan makanan yang telah disediakan oleh nabi sulaiman dan bala tenteranya.
dengan sekali nguapan sahaja makanan yang dilonggokan ditelan ikan paus tersebut.
NABI sulaiman pun berasa gembira kerana tugasnya telah diselesaikan dan berasa berjaya untuk menyambung tugas Allah s.w.t yang lain.
sesudah ikan paus itu makan,ikan tersebut menunggu agak lama ditepi laut. Nabi sulaiman pun berasa hairan..
MAKA ditanya oleh nabi sulaiman akan ikan tersebut:
nabi sulaiman bertanya:wahai ikan paus,adakah engkau puas dengan makanan yang telah aku sediakan.
maka si ikan menjawab dan berkata : tidak..adakah ada dalam tanganmu makanan yang lain.
maka nabi sulaiman kehairanan dan bertanya kepada tenteranya: adakah ada makanan yang lain dalam simpanan kita..
dijawab oleh tenteranya,makanan semuanya telah dihabiskan ikan paus tersebut dan tiada lagi simpanan
si ikan berkata:wahai nabi sulaiman,sesungguhnya kebiasaan makanan yang diberikan kepadaku adalah lebih 3 kali ganda dari apa yang engkau berikan.
MAKA nabi sulaiman terkejut dan begitu rasa malu pada Allah s.w.t.
NABI sulaiman berkata:wahai Allah,sesungguhnya benar kata2Mu,aku ini utusanMu,aku juga hambaMu,aku tidak mampu mengantikan urusan tanggungjawabMU.Segalanya adalah dengan keizinanMU
Lantaran itu nabi sulaiman ditempelak oleh Allah s.w.t.
Allah berkata:wahai sulaiman sesungguhnya engkau tidak mampu mengantikan tugasanku dan tanggungjawabku.
Zikir Munajat Lengkap
5 years ago