Monday, December 14, 2009

Hadiah MAJMUAH




Tahniah kepada Majmuah 1 sem 4....


Salam sejahtera kepada yang sempat membaca blog ana..Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerna dengan limpah kurnia serta inayahNya yang diberikan kepada hambaNya untuk berceloteh untuk seketika waktu.


Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih di ucapkan kepada sahabat muslimin majmuah 1 semester 4 yang telah bertungkus lumus serta berhempas pulas untuk menjuarai Pertandingan Futsal Piala Timbalan Pengarah bagi sesi 2009.Untuk pengetahuan semua,pertandingan ini merupakan program yang julung kali di buat di Apium nilam puri, penglibatan peserta juga amat memberangsangkan samaada daripada pihak muslimin mahaupun muslimat.


Selain itu,pihak pentadbiran universiti malaya nilam puri juga sangat2 menyokong usaha yang dilakukan oleh MPP & JTK dengan kerjasama semua pelajar APIUM Nilam Puri dalam menjayakan program ini. Macam2 perkara yang telah terjadi sewaktu pertandingan tetapi alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dilaporkanlah.Program ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pelajar semester 2 & 4.Selain itu,memberikan kegembiraan serta dapat membuatkan ramai pelajar sihat & berstamina.


Diharap program sebegini akan di anjurkan oleh pihak pentadbiran APIUM Nilam Puri demi menghasilkan pelajar yang sihat tubuh badan,berkebolehan dalam sukan,mempunyai stamina yang tinggi,semangat kesukanan  yang mendalam & lain2 lagi,insyallah.
Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur & urusetia program.


Barisan pemain Futsal majmuah 1...


Muslimin
 1.Farhan(penyerang)
 2.Faris (sayap kanan)
 3.Edham (sayap kiri)
 4.Awang (benteng)
 5.Rizal (penjaga gol)
 6.Baihaqi (simpanan)
 7.Zaki (simpanan)
 8.Ali hasyim (pengurus)


"Majulah Majmuah 1 Untuk Apium.."
     Majmuah 1!BOLEH!!


Kejuaraan milik majmuah 1...
Tahniah kepada barisan pemain..
Bagi yang tewas di tangan skuad Maj 1 janganlah hampa cuba di masa akan datang..

Thursday, December 10, 2009

Pendefinisian tentang Bai'ah


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصرهووالاه

Bai`ah bermaksud berjanji untuk taat. Bai`ah sememangnya wujud dalam amalan Islam. ALLAH SWT berfirman yang bermaksud:

“Bahawasanya mereka yang memberi bai`ah kepada kamu, sesungguhnya mereka memberi bai`ah kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan-tangan mereka. Maka barangsiapa yang melanggar (bai`ah), sesungguhnya (akibat) melanggar bai`ah akan menimpa dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang menunaikan apa yang dia janjikan kepada Allah, maka Dia akan memberinya ganjaran yang besar.” (Al-Fath : 10)

Wednesday, December 9, 2009

Seminar Pemantapan Akidah

Seminar Pemantapan Akidah Peringkat Negeri Kelantan

Bertempat : Dewan Besar Balai Islam, Lundang



10 disember 2009 ( khamis )



  

Islam Liberal & Pengaruh Satanisme Dalam Media: Ancaman Terhadap Umat Islam Masakini

Dr Johari B Mat - Ketua Eksekutif KIAS

 

Bahaya Ajaran Syiah Kepada Akidah, Syariah, Akhlak, Ummah & Negara

Ust Ahmad Nasim B Abdul Rauf - Pusat Pengajian Al-Quran Darulkautsar


 

Menangani Masalah Khilafiah Di Malaysia

YB. SS Dato' Mufti Negeri Kelantan











* Terbuka kepada semua yang ingin mengikuti seminar ini.
* Tiada sebarang bayaran dikenakan.
* Sama-samalah kita kearah memantapkan akidah kita.

Saturday, November 21, 2009

SESUATU YANG BUKAN MILIK KITA..

Kisah ini menggambarkan akan kehidupan kita yang penuh dengan keangkuhan,sifat yang sombong serta lupa akan nikmat tuhan.


" Kisah ini bermula pada suatu hari ketika sepasang suami isteri sedang menikmati makan malam bersama di rumah mereka. Sedang mereka makan, kedengaran pintu rumah mereka diketuk oleh seseorang.Tuktuktuk. datanglah seorang pengemis yang begitu kusut masai pakaiannya keadaannya amat menyayat hati..maka si suami menyuruh Si isteri membuka pintu dan pengemis itu memberi salam,” Assalamualaikum.” apabila pintu dibuka maka dilihatnya seorang lelaki yang serba kekurangan datang meminta sedekah.Maka si pengemis itu berkata,”berikanlah aku sedikit makanan aku begitu lapar”. Mendengar kata-kata si pengemis itu lalu Si isteri merasa terharu dan dia berniat hendak memberikan sesuatu makanan untuk diberikan kepada si pengemis itu. Di dalam benak fikiran si isteri hari ini mungkin hari senang bagiku mungkin ini adalah ujian Allah untuk melihat sejauh mana hambaNya ini ingat kepadaNya. Tetapi sebelum memberikan makanan kepada pengemis tersebut si isteri sempat bertanya dahulu kepada suaminya untuk mendapat keizinan suaminya,maka si pun tanpa berlengah menanyakan soalan "Wahai suamiku, bolehkah saya memberikan makanan kepada pengemis yang ada di luar rumah kita itu?"tanya si isteri.

Saturday, November 7, 2009

Tinta seorang mujahid...

semalam adalah kenangan
hari ini adalah kehidupan
esok ialah impian
laluilah kehidupan hari ini
berbekalkan kenangan sebagai pengalaman

untuk membina impian akan datang.......




takbir...!!! Allahu akbar....

Thursday, November 5, 2009

tips menjadi JUTAWAN...

PERTEMUAN BUKAN MILIK KITA

"Cinta yang hakiki ialah cinta oleh akal dan hati.....hebat kan??? Tanpa melihat atau berjumpa, ia sudah bertaut dan dapat dirasa kerana bersatu adalah hati, bukannya fizikal dan ia disatukan oleh tali Allah dan BUKANNYA oleh nafsu dan kepentingan diri. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakannya perlu diatur dan dikawal. Begitulah cinta, ia adalah kuasa, tetapi kuasa itu memerlukan peraturan dan kawalan. Sebagaimana jasad memerlukan makanan, begitu juga halnya dengan jiwa yang memerlukan cinta. Allah menciptakan naluri tersebut kerana ingin menyelamatkan, membahagiakan dan mententeramkan jiwa manusia. Tetapi cinta sekarang banyak meruntuhkan erti kemanusiaan itu sendiri. Bukannya menyelamatkan tetapi merosakkan.

Hukum cinta perlu dipatuhi agar maksud penciptaanya tercapai. Cintailah sesiapapun, asalkan cinta itu dapat memberi lorong yang sebaik-baiknya untuk terus menyintai Allah. Cinta itu harus dibina diatas dasar cinta kepada Allah. Sebagai bukti, kita akan mendahulukan kehendak kecintaan kita kepada Allah melebihi kehendak kecintaan kita kepada yang lain. Cinta harus tumbuh atas dasar tapak yang murni yang selalunya didorong oleh faktor agama, akhlak, kewibawaan dan keperibadian yang baik. Dorongan dan rangsangan yang menyuburkan cinta ini tidak memerlukan kata-kata luahan yang indah, namun body language sudah cukup membuktikan betapa dalamnya cinta.

Kebiasaannya cinta yang suci akan membawa ke gerbang perkahwinan, untuk bercinta lagi dengan seribu keindahan. Bahkan jika diizinkan Allah, ia akan bersambung di akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di akhirat. Jikalau cinta seseorang itu benar-benar hanya kerana Allah, dia akan lebih khusyuk selalu dalm solatnya dan semakin bertambah pula amal ibadat dan ketakwaannya kepada Allah. Sebaliknya jika hubungannya dengan Allah semakin renggang dan mengarahkan dirinya melakukan perkaraperkara yang merugikan dan melalaikan. Itu ertinya Cinta Nafsu.

Cinta yang bersalut nafsu akan mudah diganggu oleh syaitan. Maka akan berlakulah zina hati dan mata. Orang yang sebegini sifatnya jikalau dia mengaku cintanya itu dibina atas dasar cinta kepada Allah jelaslah dia menipu dirinya sendiri. Mustahil boleh bersatu dua unsur yang berlainan dalan satu masa bagaimana sukarnya air dan minyak bercantum menjadi satu. Semangat itu perlu untuk menghidupkan perjuangan yang telah lama mati dalam diri.

Tetapi bukankah kita masih mempunyai Allah??? Bergantung sepenuhnya kepada Allah itulah sebaik-baiknya pilihan. Tiada usaha yang luar biasa dilakukan oleh pejuang-pejuang agama Allah untuk menegakkan kebenaran. Mereka menundukkan nafsu dan menguasainya. Perjuangan menegakkan kalimah Allah memang pahit. Tohmahan dan hinaan datang silih berganti. Namun syurga dan segala nikmatnya telah dijanjikan oleh Allah buat hamba-hambaNya yang bersabar.

Tingkatkan taqwa....cekalkan semangat...tabahkan hati.... jalan yang engkau lalui ini.... bukan setenang air di kali.......

" Mengalah dan memberi maaf bukan bererti kalah. Ia bererti mengutamakan kebaikan dan kasih sayang ALLAH."

sekadar renungan bersama dari hamba yang lemah keimanannya.

Saturday, September 12, 2009

MaJmuAh 1 sEMEStER 2 (Iftar & muktamar)

Secebis kenangan yang dapat diraih sewaktu akhir semester 2.. Sesungguhnya sebuat kenangan bersama sahabat2 merupakan satu detik yang mengamabrkan erti persahabatan erti kerjasama yang telah di jalin erat. Walaupun seditik masa yang telah berlaku kadang2 kita ada merasakan hati kita seolah2 di lukai,dikasari & SEBAGAINYA..TETAPI apa yang kita alami itu adalah sesuatu yang menjadikan diri kita tersedar dari kealpaan,kesilapan yang telah kita lakukan diluar pandangan kita. sesengguhnya nilai keakraban dalam diri teman2 amatlah jelas dimata.

Assalamualaikum....

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT
Buat pertama dan untuk selamanya marilah kita sama2 merafa'kan kesyukuran kita kepada Allah SWT. kerna dengan limpah kurnia dan izinnya kita diberi sedikit masa dan peluang untuk kita mengenal siapakah diri kita yang sebenarnya. Sebagai seorang muslim kita hendak mengetahui akan hakikat kehidupa kita di atas muka bumi ciptaan illahi ini.
jadi atas dasar inilah saya ingin mengajak semua teman untuk sama-sama kita menghayati dan mengkaji serta berusaha untuk kita mencari kehidupan yang hakiki...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...