Thursday, March 4, 2010

10 Faktor Memilih Pasangan


Kebanyakan daripada rumah tangga runtuh yang bermasalah sejak hari pertama tidak lain tidak bukan adalah kerana kedua-dua orang 
yang terlibat tersalah pilih pasangan, itu sahaja.Pilihan pasangan hidup anda adalah lebih penting dari apa jua yang anda 
lakukan untuk membahagiakan rumah tangga anda.Itu mungkin bunyinya seperti mudah sahaja dilakukan, tetapi anda akan terkejut
dengan peratusan tinggi orang yang tidak sabar-sabar melangsungkan perkahwinan sehingga mereka tidak menumpukan masa dan 
usaha yang diperlukan untuk membuat keputusan yang baik.Jika anda ingin memastikan perkahwinan yang memuaskan dan 
berkekalan, timbangkan faktor-faktor berikut : 

1. TEMPOH MASA PERKENALAN. 

Kajian menunjukkan bahawa pasangan yang telah berkenalan selama dua tahun atau lebih kesemuanya lebih berpuas hati dengan 
perkahwinan berbanding pasangan yang berkenalan dalam jangka masa yang lebih pendek.Apabila pasangan bersedia mengambil 
keputusan yang melibatkan perkahwinan selepas hanya berkenalan selama beberapa bulan,keputusan itu kebanyakannya lebih 
berdasarkan khayalan dan kurang berdasarkan hakikat . 

2. MEMILIH PASANGAN SENDIRI 

Orang sering memilih pasangan semata mata untuk menggembirakan orang lain ayah,ibu atau kerana orang menyuruh mereka berkahwin. 
Tetapi amat penting agar orang yang hendak kahwin itu sendiri gembira dengan pilihannya.Keputusan anda hendaklah dibuat berasaskan
keperluan dan impian anda sendiri.Anda juga patut mendengar pendapat sahabat handai dan kaum keluarga dengan teliti,tetapi jangan 
sampai biarkan orang lain memilih pasangan hidup anda. 

3. HARAPAN YANG TIDAK WAJAR TENTANG PERKAHWINAN 

Kebanyakan rumah tangga gagal kerana tidak mendapat apa yang mereka impikan sebelum berkahwin.Ramai lelaki dan wanita memasuki 
alam perkahwinan dengan sangkaan bahawa pasangan mereka akan memenuhi semua keperluan mereka dan bahawa perasaan romantik mereka 
semasa bercinta akan kekal abadi.Sebenarnya rumah tangga yang bahagia memerlukan begitu banyak usaha,kesabaran dan ketabahan. 

4. MASALAH KEPERIBADIAN DAN TINGKAH LAKU 

Keperibadian dan tingkah laku tidak akan hilang apabila anda berkahwin.Jika terdapat ciri-ciri keperibadian dan tingkah laku 
pasangan anda yang menimbulkan persoalan,seperti cemburu,panas baran,tidak bertanggungjawab,tidak jujur dan degil.Tanya diri
sendiri sama anda sanggup untuk menghabiskan masa anda sehingga ke akhir hayat untuk menangani masalah ini.Nyata sekali,jika 
pasangan yang dalam pertimbangan itu menghadapi masalah dadah,kaki botol dan sebagainya,anda sepatutnya memastikan masalah 
itu telah diselesaikan jauh lebih awal sebelum perkahwinan anda. 

5. BANYAK PENGALAMAN HIDUP 

Pemilihan pasangan hidup melibatkan ramalan tentang bagaimana anda berdua akan hidup bersama sepanjang tahun tahun akan datang. 
Pengalaman disini bukan bermaksud usia.Pengalaman yang dilalui tidak bergantung dengan usia seseorang. Pengalaman lelaki dan 
wanita mengharungi susah senang bersama amat bermakna dalam perhubungan.Jika boleh lalui waktu waktu susah dan senang bersama 
pasangan anda.Ambil contoh yang mudah saja,misalnya melalui lalu lintas yang sesak,jalan-jalan kampung yang becak.Dari situ, 
dia akan menunjukkan siapa dirinya yang sebenarnya. 

6. BAYANGAN ORANG YANG INGIN ANDA KAHWINI 

Bayangan ini tidak anda sedari pada umumnya,namun ia amat mempengaruhi anda.Bayangkan dengan jelas sifat-sifat orang yang ingin 
anda kahwini.Fikirlah dengan panjang dan mendalam tentang faktor - penampilan, kepintaran, pendidikan,kerohanian dan sebagainya.
Pemikiran bawah sedar anda boleh menghantui sesuatu hubungan.Berpeganglah pada bayangan anda ini, jika tidak anda akan menginginkan
orang lain buat selamanya. 

7. PASANGAN YANG BERSIFAT SEAKAN AKAN DIRI ANDA 

Pasangan yang mempunyai terlalu banyak perbezaan sifatnya,akan memerlukan usaha yang lebih untuk memastikan rumahtangga yang
dibina kekal bahagia.Lebih banyak memerlukan toleransi dan pemahaman.Tidak ramai pasangan mampu bertindak sebegini. 

8. MEMPUNYAI CITA CITA YANG SEIRING 

Jika orang yang anda kahwini bercita cita jauh lebih rendah atau lebih tinggi daripada anda,mungkin anda berdua akan kecewa.
Masalah akan timbul jika anda berusaha mendaki puncak kejayaan tetapi pasangan anda telah berpuas hati dengan apa yang telah 
anda berdua miliki.Perbezaan sifat mungkin menarik hati ketika sedang melamar,tetapi ia akan menyebabkan banyak kekecewaan 
sepanjang perkahwinan. 

9. KEBOLEHAN BERKOMUNIKASI 

Kebolehan berkomunikasi sangat penting demi kebahagian rumah tangga.Kesejahteraan perkahwinan bergantung kepada tahap komunikasi 
suami isteri.Adalah penting kedua dua pasangan menguasai kemahiran bertutur dan mendengar.Banyak rumah tangga hancur kerana 
masing masing tidak pandai menyatakan hasrat masing-masing dengan cara yang boleh diterima oleh pasangannya.Hasrat dipendam 
tanpa komunikasi berkesan. 

10. KEBOLEHAN MENYELESAIKAN PERTELINGKAHAN 

Pasangan perlu tahu yang mereka berkemampuan untuk menyelesaikan pertelingkahan sebelum mereka berkahwin.Jika pasangan tidak tahu 
cara yang berkesan untuk menangani perselisihan pendapat antara mereka,Rumah tangga mungkin akan runtuh.Banyak rumah tangga 
runtuh kerana suami isteri tidak tahu menangani perbezaan diri mereka berbanding sebab sebab lain.Amat perlu menilai kemahiran 
perdamaian masing masing sebelum berkahwin. 

P/S : NO. 1 Tidak tahu kajian dilakukan dimana.Rasanya tidak semua perkenalan jangka pendek gagal dan perkenalan jangka panjang 
berjaya.Kemungkinan perkenalan jangka panjang lebih banyak berjaya disebabkan peratusan berkahwinan berdasarkan perkenalan 
jangka panjang lebih tinggi berbanding jangka pendek. Tapi bagi pendapat saya,perkenalan jangka pendek boleh juga berjaya , 
asal saja pasangan tersebut sedia menghadapi segala risikonya,dan redha.Mana mungkin kita boleh mengenali orang sepenuhnya 
hanya dalam masa beberapa bulan. Boleh saja tempoh perkenalan tersebut dilanjutkan sehingga selepas berkahwin.Jadi apa- apapun 
kita hendaklah bersedia menghadapi segala kekurangan dan kelebihannya.Saya rasa, kebanyakan pasangan dahulu kala banyak yang 
berjaya,bukan la disebabkan mereka serasi atau pasangan yang ideal tetapi kerana mereka telah masing masing redha diatas kelebihan 
dan kekurangan masing masing walaupun mengetahuinya hanya selepas berkahwin dan bersyukur seaadanya.sesungguhnya jodoh pertemuan itu
ditangan Allah S.W.T sebagai hamba kita hanya boleh dan mampu berdoa dan terus berdoa. Rumahtangga yang bahagia Dunia dan Akhirat 
adalah didalamnya wujud ciri-ciri baitul muslim..Akhir kalam segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang lemah 
itu datangnya juga daripada Allah S.W.T tapi atas kelemahan diri ini..                          

*hanya sekadar ingin berkongsi......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...