Thursday, December 29, 2011

nilai persahabatan...

Assalamualaikum.w.b.t..
selamat sejahtera..
selamat pagi..


Alhamduliilah masih diberi kesempatan dan ruangan masa untuk meluahkan sesuatu yang telah lama dipendam..kian lama jari jemari ini tidak menaip coretan yang agak panjang..lebih2 lagi menulis sesuatu yang hadir dalam hati sanubari yang kecil ini..bersyukur kepada Allah kerna memberi peluang walau diri ini di uji dengan sedikit ujian tetapi ianya mungkin sebagai tanda untuk kita mengingati-NYa..Fitrah hidup manusia memerlukan tidur yang secukupnya bagi memberi kesihatan kepada badan.. tetapi mungkin fitrah ini telah dilawan dan akhirnya balasan yang perlu diterima,dimana jasad mula merosak dan lemah..walaubagaimana sekali pun hal ini tidaklah melemahkan semangta untuk menaip..

ketika kita hidup dunia ini, kita tidak mempunyai sesiapa pun melainkan diri kita sendiri.. tetapi didalam kita bersendirian, kita masih beruntung kerana mempunyai seorang sahabat@rakan@teman rapat@teman karib yang memahami siapa diri kita. mengetahui sikap kita.. menjadi tempat kita berkongsi pengalaman dan masalah.. seorang yang sentiasa menjaga nama baik kita..

Sepertimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran yang hadir dari hati seorang sahabat,begitulah dia juga menginginkan seperti mana yang kita inginkan . Tetapi kita sering terlupa akan hal tersebut. Kita cuma mengambil kira tentang harapan, perasaan dan hati kita sahaja. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya, melupakan kebaikan yang telah kita lakukan padanya. kadang kala kita merasakan kawan kita tidak pernah mengingati kita.. hakikatnya, diri kita sendiri yang tidak memberi rakan kita peluang untuk memberi penjelasan dan menerangkan keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri semata. tetapi Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nantikita juga tidak mengingatinya ...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. malah Kita memberi beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita ketika itu, maka ketika itu kita terfikir tentang perasaannya? ?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia yang sentiasa bersama kita walaupun hakikatnya kita bukanlah rakan terbaik untuknya.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya, rasa sedihnya dan rasa gembiranya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? memujuk hati kita yang kecewa.. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? tentunya kita tidaklah mampu.

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
Renungilah.. . terima kasih padamu sahabatku..maafkanl ah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu..

P/S: buat sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang dikenali dan sering terkecil hati kerana perbuatan atau kekasaran bahasa diri ini...aku memohon keampunan dari kalian...maafkanlah diriku...

"Orang yang paling cepat dalam meminta maaf adalah org yg pling berani..org yang paling cpt memaafkan adalah org yg kuat..org yang paling cpt melupakan kesalahan orang lain adalah org yg pling bijak dlm hidup "

1 ulasan:

Teratak Chipmunk said...

:(

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...