Thursday, July 28, 2011

MIsi peNgemBaraAn 3 SahAbaT baik

Assalamualaikum w.b.t…

Alhamdulillah,masih diberi peluang untuk menghirup udara segara milikNya serta jari jemari ini masih diberi peluang untuk digunakan menekan papan kekunci komputer riba "asus" ku. Seperti biasa bila mana terjadi sesuatu laman sesawang inilah menjadi tempat yang kedua untuk mengadu & bercerita. Tempat yang pertama adalah mengadu pada sang pencipta kita,siapa lagi iaitu padaNYa la.

Entah mengapa hati terpanggil-panggil untuk segera menaip berkongsi akan perihal yang telah terjadi semasa pegembaraan selama minggu ini. Seperti biasa komputer riba milikku dibuka dan microsoft word di “klik” untuk menaip. Sememangnya aku jarang mengunakan “word” untuk menaip “post2” terkini biasanya aku lebih gemar mengunakan “Notepad” tetapi hati ini tiba2 tergerak untuknya mungkin selepas lirik lagu yang telah ditulis mengunakan “notepad” tidak sempat di “save” dengan selamat pada “document” jadi sangat2lah menyesal apabila lirik tersebut hilang begitu saja tanpa di “backup”. Lupakanla….perkara dah lepas.

Manusia merancang tetapi Allah juga merancang sesuatu.

                Pada hari selasa lepas bermula pengembaraan aku & 2 orang sahabat (anas & haulid) ke Bentong,Pahang. Misi kami bertiga sangat besar,amanah yang dipikul juga sangat berat. Misi tersebut adalah menyelamatkan “buroq penyelamat WONDERPET” pulang ke tempat asalnya. Maka perancangan disusun rapi untuk misi penghantaran tersebut. Misi sebenar yang dirancang untuk penghantaran adalah pada hari isnin tetapi perancangan Allah lagi hebat dari perancangan kami bertiga. Pada pagi isnin “buroq” tidak dapat dihidupkan. Perasaan gundah gulana terasa dalam diri ini apabila amanah yang diberikan tidak dijaga sebaiknya, hanya Allah sahaja yang tahu ketika itu.

                Rasa bersalah mula dirasa dan menyelubungi benak fikiran,pelbagai cara,kemahiran dan teknik digunakan bagi menyelamatkan “buroq” tersebut tapi tidak berkesan sehingga diri ini benar2 putus asa. Setelah mengunakan pelbagai cara maka cara terakhir adalah dengan mengantar “buroq” tersebut berjumpa doktor. Apabila dihantar ke klinik,doktor melihat dan mentafsir penyakit yang dialami serta meminta supaya “buroq” di tinggalkan sementara untuk melihat penyakitnya yang agak kronik. Maka no.telofon bimbit “sony ericson”ku ditinggalkan kepada jururawat yang agak gagah..013-*******.

Sangkaan naluri dan akal tidak semuanya benar.

Akal fikiran mula memikirkan kos yang tinggi bakal ditanggung kerana penyakit terlampau kronik. Langkah kaki mula meninggalkan klinik kerana sangkaan diri masa yang diambil oleh doktor untuk merawat penyakit agak lama dan perjalana terus menuju ke Digital Mall bersama seorang sahabat menemankan sahabat baik mencari telefon bimbit baru. Tetapi pilihan yang ada di digitalmall terlampau sedikit,langkah perjalanan diteruskan ke plaza Lowyatt.

Dalam masa yang sama hati mula memikirkan kos yang bakal ditanggung. Ketenteraman tidak dirasakan walaupun ia bukanlah milik sendiri kos pun bukan kita ang tanggung. Kalau ikutkan mengapa kita perlu fikirkan kan? Tetapi disebabkan tanggungjawab dan amanah maka terpaksa memikirkan jugalah. Perihal kisah disambung semula. Kaki mula melangkah ke pintu utama plaza,tujuannya adalah untuk mencari telefon bimbit sony ericson xperia X10. Aras 1 di terjah setiap kedai ditanya harga dan kelebihan barang tersebut,aras 2 pula diterjah sampai di aras tersebut tiba2 hati sahabat berubah untuk mengunakan samsung galaxy sl. Tetapi dengan mudah Allah mengubah rencana yang telah dirancangkan. Kedua2nya bukan menjadi pilihan.

Walaupun diri ini mula terleka dengan melihat pelbagai model telifon bimbit yang canggih2 tetapi hati tiba2 terpaling untuk mengingat kembali kos rawatan dan menunggu pangilan dari klinik. Dijangkakan keputusan keluar jam 6,jam ditelifon bimbit menunjukkan jam 6.15 petang tetapi tiada sebrang panggilan yang muncul. Maka langkah mula diteruskan untuk pulang dan mengisi perut yang sudah mula menghasilkan irama yang agak merdu. Mana tidaknya sarapan,makan tengah hari dirangkumkan sekali dalam makan malam.

Panggilan tidak diterima, BERITA BAIK MUNCUL.

                Ketika pulang perkara yang dirancang adalah untuk menjamah makan malam selepas itu barulah pergi ke klinik. Tetapi panggilan tidak diterima,jadi rencana di ubah untuk pergi ke klinik untuk bertanya perihal “buroq” yang telah dirawat. Sampai di klinik. Jururawat diterjah untuk bertanya perihal penyakit “buroq”.
“ camna bang?apa penyakitnya?”
“bro,bawah seat tu ada suis ke?”
“ehh.ade ke?tak tahu plak?”
“ade bro,ne “buroq” sape?”
“ala “buroq” orang lain bang nak hantar ke bentong.”
“laaa..ko tak tahu ade suis,takpela..penyakit tak teruk”
“ CDI takde masalah la? KOIL pun takde masalahla?”
“takdela..ade suiz bawah “seat” tu,tu masalahnyer xpe aku dah repair wiring lain,wayar pun dah reput.”
“terima kasihla bang,takpe saya makan dulu lepas ne saya datang amik.”
“berapa bang kos?”
“RM** sekali plug tukar baru.”
“perghhh bang..murah..terima kasihla”

Maka berita yang diterima sangat2 buat hati ini rasa gembira dan sangat tenang. Kos pun tak mahal organ yang berpenyakit pun tidak seteruk difikirkan. Syukur tidak terhingga,telefon diselup dalam kocek seluar untuk hantar mesej pada pemilik “buroq” tersebut menceritakan perihal yang terjadi. Pemilik “buroq” terkejut dengan berita tersebut. Setelah pesanan makanan dibuat dan makanan dijamah dengan rasa rakus dek kerana kebuluran seharian tidak makan.

BUROQ” dijemput di klinik dan dibawa pulang……ke Kolej…

Rasa syukur kerna ujian diterima tidaklah begitu berat tetapi mungkin Allah campakkan rasa risau pada hati apabila amanah tidak dijaga dengan sempurna.

Pegembaraan 3 orang Rempitan TERganazzZZZ ke Bentong.

                Misi penghantaran diteruskan,masa di rancang adalah jam 9 pagi telah bergerak. Dek kerana tidurnya lewat maka terjaga dari tidur pun agak lewat jam 10 pagi barulah mata 3 insan tesebut terbuka dengan luasnya walaupun agak mengantuk. Tapi amanah perlu diuruskan. Setelah bersiap maka perjalanan diteruskan “maps” mula di cari untuk mencari destinasi. Yang menjadi kehairanan “gps Maps” tidak menjumpai destinasi yang akan di tuju.KehairanaN.. jam 10.45 pagi baru la perjalanan dimulakan.

Doa menaiki kenderaan dibaca bersama bagi memohon rahmat dan keselamatan sepanjang misi penghantaran. Minyak mula diisi dengan penuh,tayar mula diisi anginnya di stesen PETRONAS. Misi diteruskan dengan diriku menjadi “leader” perjalanan. Jalan yang dituju dan dilalui adalah jalan Bangsar-lebuhraya Mahameru-susur Duta-lebuhraya lama ipoh rawang-lebuhraya duke arah gombak-lebuhraya karak. Ketika sampai di tol gombak telefon bimbit dicapai dari kocek beg untuk memaklumkan pada si “penyelamat WONDERPET” akan perihal perjalanan “3 rEmpitan” untuk ke bentong.

Perjalanan diteruskan garisan putih putus2 dan lurus dilihat,selekoh mula dilalui,terowong mula dimasuki,bukit terus didaki destinasi masih belum dijumpai. Kebiasaannya perjalanan dijangkakan hanya mengambil masa 30- 45 minit tetapi dek karana sifat berhemah dan berhati2 dimilik kami bertiga maka perjalanan agakla lama. Mana tidaknya had laju lebuhraya 110km/j,dimeter kami kelajuannya 70-80km/j sahaja. Agak kelambatanla pinggang mula sakit punggung pun tersa kebas.



video perjalan kami bertiga sempat dirakam oleh jurukamera terlatihla sangat,.



Sampai ke destinasi dituju.

 Jam ditangan skrin telefon menunjukkan hampir ke jam 12 tengah hari tetapi waktu ketika itu masih lingkungan jam 11 lebihla. Destinasi adalah SEKOLAH VOKASIONAL AMPUAN AFZAN BENTONG. Maka panggilan dibuat untuk bertanya kepada “penyelamat WONDERPET” adakah destinasi kami tuju benar atau tidak. Jawapan diterima adalah benar dan diminta kami masuk ke sekolah tersebut. Sampai saja dirumah “penyelamat” kami terus dihidangkan dengan jus nenas suam,keropok ikan dan kentang yang dipotong seakan2 “wedges KFC” tapi tak serupa pun.ahaha.

 Maka kehadiran kami disambut oleh bapa si “penyelamat”. Kami berbual sehingga jam 1, kami dipelawa untuk jamu makan tengah hari di kantin sekolah maka gembirala dapat makan PERCUMA. Senyuman mula terukir bila dapat makan PERCUMA ne,sememangnya saat yang ditunggu. Betul2 mengharapla. Kantin mula diterjah kami,dengan rakus lauk mula dipilih dan dimakan. Setelah makan surau mula dituju sebelum tu hajat kami perlu ditunaikan dahulu,selepas itu barulah bersolat zuhur bersama dengan pelajar sekolah tersebut.

Perjalanan pulang ke ibukota.

2.45 petang: waktu ketika itu tidaklah begitu panas pelajar2 sekolah pun mula pulang ada yang tinggal di asrama ada juga tinggal di rumah masing2. Misi penghantaran selesai agenda seterusnya adalah pulang ke ibukota dan singgah ke hutan lipur untuk menyejukkan badan yang agak kepanasan dek perjalanan yang agak terik disebabkan dilebuhraya tidak ada sebarang lindungan dari pantulan haba matahari. Sampai di Hutan lipur LENTANG..pakaian mandi mula ditukar dan aku menjadi orang pertama masuk kedalam air.kegersangan untuk mandi dihutan lipur terlampau excited..


abg macho,,,

haulid


5.15 petang: kami bersiap dan bersolat kerna hari semakin petang dan perjalanan masih jauh dan memerlukan masa lama untuk sampai. Sebelum perjalanan mula sempat juga bergambar…        
 ni baihaqi
          


Perjalanan pulang agak lancar dan destinasi ke ibukota juga lancar. Mungkin juga kami melawan arus,waktu ketika itu adalah waktu orang pulang kerumah tetapi kami pula balik ke ibu kota. Sebelum sampai ke kampus kami ubah laluan untuk ke plaza lowyatt semula untuk membeli external hardisk. Selepas itu kami pun pulang dan sampai di bilik dengan begitu kelelahan…Misi selesai…

Peringatan kepada semua.

Ingatlah kadang2 banyak perkara yang kita rancangkan tidak terjadi mengikut perancangan kita hal ini kerna dalam kita merancang Allah juga merancang sesuatu untuk kita.
Kadang kala sesuatu perkara terjadi ada hikmah yang tersirat,usahla kita menyalahkan sesiapa dan fikirlah yang positif.
Di sebalik kesulitan itu akan muncul sesuatu kenikmatan yang tidak disangka kerna janji Allah itu adlah sesuatu yang amat pasti.





1 ulasan:

Teratak Chipmunk said...

ambui kawan bai sempat lagi pozing atas motor yek..heheh

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...