Saturday, November 21, 2009

SESUATU YANG BUKAN MILIK KITA..

Kisah ini menggambarkan akan kehidupan kita yang penuh dengan keangkuhan,sifat yang sombong serta lupa akan nikmat tuhan.


" Kisah ini bermula pada suatu hari ketika sepasang suami isteri sedang menikmati makan malam bersama di rumah mereka. Sedang mereka makan, kedengaran pintu rumah mereka diketuk oleh seseorang.Tuktuktuk. datanglah seorang pengemis yang begitu kusut masai pakaiannya keadaannya amat menyayat hati..maka si suami menyuruh Si isteri membuka pintu dan pengemis itu memberi salam,” Assalamualaikum.” apabila pintu dibuka maka dilihatnya seorang lelaki yang serba kekurangan datang meminta sedekah.Maka si pengemis itu berkata,”berikanlah aku sedikit makanan aku begitu lapar”. Mendengar kata-kata si pengemis itu lalu Si isteri merasa terharu dan dia berniat hendak memberikan sesuatu makanan untuk diberikan kepada si pengemis itu. Di dalam benak fikiran si isteri hari ini mungkin hari senang bagiku mungkin ini adalah ujian Allah untuk melihat sejauh mana hambaNya ini ingat kepadaNya. Tetapi sebelum memberikan makanan kepada pengemis tersebut si isteri sempat bertanya dahulu kepada suaminya untuk mendapat keizinan suaminya,maka si pun tanpa berlengah menanyakan soalan "Wahai suamiku, bolehkah saya memberikan makanan kepada pengemis yang ada di luar rumah kita itu?"tanya si isteri.

Saturday, November 7, 2009

Tinta seorang mujahid...

semalam adalah kenangan
hari ini adalah kehidupan
esok ialah impian
laluilah kehidupan hari ini
berbekalkan kenangan sebagai pengalaman

untuk membina impian akan datang.......




takbir...!!! Allahu akbar....

Thursday, November 5, 2009

tips menjadi JUTAWAN...

PERTEMUAN BUKAN MILIK KITA

"Cinta yang hakiki ialah cinta oleh akal dan hati.....hebat kan??? Tanpa melihat atau berjumpa, ia sudah bertaut dan dapat dirasa kerana bersatu adalah hati, bukannya fizikal dan ia disatukan oleh tali Allah dan BUKANNYA oleh nafsu dan kepentingan diri. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakannya perlu diatur dan dikawal. Begitulah cinta, ia adalah kuasa, tetapi kuasa itu memerlukan peraturan dan kawalan. Sebagaimana jasad memerlukan makanan, begitu juga halnya dengan jiwa yang memerlukan cinta. Allah menciptakan naluri tersebut kerana ingin menyelamatkan, membahagiakan dan mententeramkan jiwa manusia. Tetapi cinta sekarang banyak meruntuhkan erti kemanusiaan itu sendiri. Bukannya menyelamatkan tetapi merosakkan.

Hukum cinta perlu dipatuhi agar maksud penciptaanya tercapai. Cintailah sesiapapun, asalkan cinta itu dapat memberi lorong yang sebaik-baiknya untuk terus menyintai Allah. Cinta itu harus dibina diatas dasar cinta kepada Allah. Sebagai bukti, kita akan mendahulukan kehendak kecintaan kita kepada Allah melebihi kehendak kecintaan kita kepada yang lain. Cinta harus tumbuh atas dasar tapak yang murni yang selalunya didorong oleh faktor agama, akhlak, kewibawaan dan keperibadian yang baik. Dorongan dan rangsangan yang menyuburkan cinta ini tidak memerlukan kata-kata luahan yang indah, namun body language sudah cukup membuktikan betapa dalamnya cinta.

Kebiasaannya cinta yang suci akan membawa ke gerbang perkahwinan, untuk bercinta lagi dengan seribu keindahan. Bahkan jika diizinkan Allah, ia akan bersambung di akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di akhirat. Jikalau cinta seseorang itu benar-benar hanya kerana Allah, dia akan lebih khusyuk selalu dalm solatnya dan semakin bertambah pula amal ibadat dan ketakwaannya kepada Allah. Sebaliknya jika hubungannya dengan Allah semakin renggang dan mengarahkan dirinya melakukan perkaraperkara yang merugikan dan melalaikan. Itu ertinya Cinta Nafsu.

Cinta yang bersalut nafsu akan mudah diganggu oleh syaitan. Maka akan berlakulah zina hati dan mata. Orang yang sebegini sifatnya jikalau dia mengaku cintanya itu dibina atas dasar cinta kepada Allah jelaslah dia menipu dirinya sendiri. Mustahil boleh bersatu dua unsur yang berlainan dalan satu masa bagaimana sukarnya air dan minyak bercantum menjadi satu. Semangat itu perlu untuk menghidupkan perjuangan yang telah lama mati dalam diri.

Tetapi bukankah kita masih mempunyai Allah??? Bergantung sepenuhnya kepada Allah itulah sebaik-baiknya pilihan. Tiada usaha yang luar biasa dilakukan oleh pejuang-pejuang agama Allah untuk menegakkan kebenaran. Mereka menundukkan nafsu dan menguasainya. Perjuangan menegakkan kalimah Allah memang pahit. Tohmahan dan hinaan datang silih berganti. Namun syurga dan segala nikmatnya telah dijanjikan oleh Allah buat hamba-hambaNya yang bersabar.

Tingkatkan taqwa....cekalkan semangat...tabahkan hati.... jalan yang engkau lalui ini.... bukan setenang air di kali.......

" Mengalah dan memberi maaf bukan bererti kalah. Ia bererti mengutamakan kebaikan dan kasih sayang ALLAH."

sekadar renungan bersama dari hamba yang lemah keimanannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...