Tuesday, June 21, 2011

KeLaHiRan SeMuLa...



Hari ini,hati ini terpanggil untuk melihat blog yang telah lama ditinggal..malangnya telah bersawang akibat ditinggal terlampau lama..hampir setahun ia terbiar begitu sahaja..akhirnya,pada saat ini jam 1.52 pg bertarikh 22 jun 2011 jari jemari ini mula mengikut firasat hati untuk kembali mengisi entry yang telah terbeku dek kemalasan diri akibat kekontangan idea..ape boleh buat,takde idea kn?? tak tahula nk isi ape kat blog ni..tgok org buat blog mcm seronok je..yela almaklum jela tengok mereka2 ni ade je idea untuk post kat entry masing2.. tidak mengapela itu hak masing2.. bak trademark yg aku dapat dari slot maharaja lawak tak ingat kumpulan mane "ade aku kesah"..

Maka hari ini insyaallah mohon agar diberikan ilham untuk berkongsi segalanya dalam blog ni.. maka laptop model asus mula di"on"kn dan broadband celcom mula dicucuk pada tempat sepatutnya,maka internet telah dihubungkan tetapi entah mengapa tempoh masa untuk paparan desktop nak keluar agak lambat ditambah dengan line broadband yang sangat2 lambat mungkin bill tak sempat nak bayar untuk bulan lepas.

Alhamdulillah blogku yang masih harum masih wujud lagi,alangkah terkejutnya bile melihat komen2 laman interaksi ku,rupanya masih ada yang meninggalkan komen.. ada juga insan2 yang melawat..walaupun nampak blog aku la yang paling serabut..lupakan hal tersebut..

Tercalit pada kotak fikiran ini akan kata2 seorang teman,"insyaallah mesti hati awk akan terbuka untuk kembali menulis blog". mungkin juga kata2 tersebut tepat sekali..terima kasih diucapkan pada insan tersebut..mungkin nama insan tersebut terpaksa dirahsiakan..

Dalam masa yang sama otak memikir apakah yang nak ditulis..puas memikirkan mengapa tiba2 hati ni terbuka untuk buka blog ni.. ketika otak memikirkan hal tersebut,jejari ini mula mencari lagu nasyid yang dapat menyedapkan halwa teliga ini,akhirnya jumpalah 1 lagu nasyid ni, lagu ini biasa dipasang kat bilik.. lagu mungkin agak baru lagi.. tetapi sudah seminggu tidak didendangkan..

Berkali2 lagu ini didendangkan,tetibe hati ini mula rasa kelainan, sedikit demi sedikit bait lagu diselami..bait2 lirik lagu tersebut penuh bermakna..terasa sayu walaupun lagu tersebut nampak bersemangat,maka si hati mula terasa lembut seakan menahan linangan yang mengalir..

Akhirnya...berjaya menyelamatkan linangan tersebut dari jatuh kepipi.....

Maka handfone sony ericcson model c510 cybershot ku dicapai maka dilihat pada skrinn akan waktu ketika ini,dilihat jam sudah menunjukkan jam 2.35pg..rupanya lama jugak nak dapatkan idea menulis ni.. tidak mengapa.. waiimma mungkin ini baru pengenalan,, yela baru nak berjinak2 setelah lama membiarkan laman ni semak..

Insyaallah moga dipermudahkan untuk menulis di masa akan datang..

sekian...:)

3 ulasan:

Anonymous said...

apa yang penting, kita ikhlas. :)

inshaAllah. semua boleh.

Teratak Chipmunk said...

rase nyer tawu la lagu ape tu :) nice post baihaqi...teruskan ^^

KhAyAlAn DiMeNsi said...

terima kasih saudara syafiq ridhwan.. benar yg penting ikhlas..semua boleh..kalau x ikhklas ape pun xboleh kn..

scribble life of aleen: yeke..tawu lagu ape.. hebatlaa..insyaallah akn diteruskan...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...