Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar semua..?alhamdulillah mungkin semua yang membaca “entry post” ne sihat2 belaka hendaknya la. Seperti biasa jari jemari direnggangkan,mana tidaknya sudah 2 malam tidak menaip maka mula la sakit2 dan terasa gatal untuk menaip. Entah mengapa hati ini berkehendak untuk menaip serta mengongsikan sesuatu. Ilham daripada Allah s.w.t agaknya,bila sudah ada ilham untuk menaip maka dengan segera tangan mula mencapai komputer riba “AsuS” yang terletak di meja. Syukur tidak terhingga sehingga hari ini semangat dan mood makin ada untuk mula berblogging. Terasa seolah2 “blog” ne ada hantunya..jeng3.. tak pe..teruskan pada perihal bakal diceritakan..
Urusan yang masih belum selesai
Sambungan dari kisah “perjalanan 3 reMpitan teRganazz” ke bentong dalam misi penghantaran “buroq bot penyelamat Wonderpets”. Rentetan dari kisah tersebut maka muncullah cerita ini. Puji-pujian pada Allah yang maha pemurah lagi maha penyanyang. Misi penghantaran berjaya disudahkan berkat keizinan daripadaNya. Pada pagi keesokan harinya,secara tiba2 dan menjadi kejutan dipagi2 hari lingkungan jam 7 pagi telefon bimbit ku “sony ericson c510” telah menerima sebuah pesanan ringkas. Pesanan ringkas tersebut dihantar daripada seorang yang benar2 diriku kenali iaitu sang pemilik “buroq”. Kemunculan pesanan ringkas tersebut benar2 menjadi tanda soal ????? dalam benak fikiran aku dan sahabat baik(haulid & anas).
Skrin telefon mula ditatap memikirkan pesanan ringkas yang dihantar. Hati mula berasa gundah gulana,mata yang mengantok seakan-akan melabuhkan tirainya tercelik bukan tercelik malah terbeliak sehinggakan rasa mengantok itu hilang.
Assalamualaikum..baihaqi?korg ade di um ke?
apa yang dh korg bertiga buat?
sampai abah akak nak jumpe korg hr ni..
ada sumthng yang masih korg tak selesaikan..
Sambil menatap skrin sempat jua bertanyakan kepada 2 orang sahabat:
“Beb?? Pemilik “buroq” msgla..”
“ha?nape?”
“ntahla..katanya ada sumthng yg kite tak selesaikan”
“ha? ape pulak yg xselesai?”
“tula..ak rase sume dh setel..moto pun ok..bawak laju pun tak..nak kate ak lenjan pun tak kot?”
“so nape ye?”
“Ak siyes tak tahu..tibe2 je dpt msg kate bapak die nk jumpe kite bertige sebab ade sumthng yang kene selesaikan”
spontan kata seorang daripada kami:
“ala relaxla..ayah dia nk bagi kita durian la kot..”
“cmne ko tau? Aku rase xla..bapak die keje kot..takkanla sebab nak bagi durian sampai nak cuti bagai.”
Setelah habis perbualan,pesanan ringkas tersebut dibalas semula. Pelbagai persolan hadir dalam benak fikiran ini memikirkan perihal mengapakah tiba2 muncul perkara yang masih belum selesai. Persoalan tersebut juga ditanya kepada yang memberi “sms” tersebut. Namun jawapan dari “sms”tersebut amatlah mudah. Tegasan untuk menyelesaikan hal tersebut,tetapi memang sesuatu yang tidak dapat dielak oleh diriku. Sehingga terpaksa memberi tahu bahawa aku ada penugasan sempenan kehadiran “pm Malaysia penjana tRansformasi 1 malaysia” merasmikan program pelancaran “1 iNdian student movement” di DTC. Maka aku memberitahu supaya berhubung dengan seorang sahabatku (haulid) beliau yang tiada sebarang hal kerna seorang lagi sahabat(nasir) hendak pulang kerumah.
Maka kata putus yang diterima tidak mengapa perhitungan wajib diselesaikan sem hadapan. Hati mula berasa lega,tetapi otak terus berfikir apakah perkara yang serius yang masih belum selesai. Secara halus mata mula terpejam mula dek kepenatan perjalanan,berenang di hutan lipur,berjalan di plaza lowyat dan makan lewat malam di kg.baru masih belum hilang,maka mata terpejam terus. Perihal yang belum selesai pun dilupakan memberi peluang untuk damaikan hati dan fikiran.
Ujian Allah datang menimpa.
Ujian pertama
Sekitar jam9.30,tidur yang lena dikejutkan oleh getaran “sms” masuk ke “handfone”. “sms” untuk turun meeting di rumah universiti bersama “board” consultant “taawun centre”. Tetapi apakan daya tiada kekuatan untuk mengangkat kepala dari bantal akibat denyutan sakit kepala yang kuat. Penglihatan mula kabur dan bepusing2. Maka yang terdaya hanyalah memejamkan mata semula tetapi fikiran pula teringat dan mula memikirkan untuk tarik diri dari penugasan sebab pening kepala. Maka mata dipejam tanpa memkirkan apa2 pun sebab kesakitan telah menguasai.
Ujian kedua
Jam 11 pagi, diri yang masih kepeningan mula dibangunkan dek kerana tidak mahu badan dimanjakan. Tuala mula dicapai dan langkah terus diatur ke bilik mandi untuk bersiap ke penugasan. Rasanya bila sudah mandi kepala pun dusah dibasahkan rasa pening pun semakin hilang,ternyata sangkaan sedikit tepat walaupun masih juga terasa juga rasa nak terhoyong hayang. Barulah merasai untuk mensyukuri nikmat sihat.
Setelah selesaikan bersiap, pakaian seragam mula diambil dalam almari dan terus disarungkan pada badan dengan rapi. Maklumlah sebagai seorang daripada sebahagian anggota P**m wajiblah menjaga penampilan,kekemasan,disiplin dalam diri. Selesai saja,telefon bimbit yang baterinya semakin lemah dicapai dimasukkan dalam beg, kasut mula dipakai dan bilik *** mula ditinggalkan. Kaki mula diatur menuruni anak tangga sehingga kebawah seterusnya diatur untuk ke KPs. Kebiasaannya akan menunggang motosikal tapi kali ini menggunakan kaki untuk sampai ke destinasi. Walaupun agak kelelahan tetapi agak sedikit gembira berpeluang untuk berjalan kaki terasa juga nikmat Allah tarik sedikit.
Ujian ketiga
Dengan meredhakan hati,kaki dilangkah juga menuju ke Kompleks perdana siswa untuk menjalankan tugasan yang diamanahkan. Terasa peluh mula mencurah daripada badan membasahi t-shirt yang dipakai,maklumlah agak sekian lama tidak exercise maka lemak2 yang terternak dalam badan sekian lama mula terbakar dengan walaupun sedikit. Memang bolehlah diamalkan berjalan kaki ni,disamping boleh jimatkan kos penggunaan duit minyak.
Sampai di kompleks perdana siswa,suasana ketika itu agak mendung. Tiba2 terdetik mungkin akan hujan ni,maka langkah diatur untuk ke pejabat untuk lapor diri. Dalam masa sama terfikir yang rambut belum sempat dipotong, hati mula berbisik “biarlah kalau kena pun rela jela..ape susah pergi je gunting”. Sangkaan naluri aku tepat,sememangnya kena tegur. Dengan sipu2 maka kaki diatur pergi ke gunting rambut tapi apekan daya kedai gunting yang dekat tutup daa. Terpaksa la pinjam motosikal kawan semata2 untuk gunting rambut di bukit angkasa. Memang ujian jugakla terpaksa cari jugak kedai gunting.
Ketika sedang tenang digunting,tiba2 hujan mula turun dengan lebatnya. “Tidak mengapa sikit lagi reda la hujan tu,lama mana la sangat.” Setelah selesai gunting,hujan tidak juga reda malah makin lebat. Jam menunjukkan jam 1.15 petang sepatutnya kena lapor diri,keputusan dibuat untuk redah hujan disebabkan kuatir kelewatan. Baju hujan dipakai sekadar mengurangkan kebasahan tetapi tetap basah juga seluar walaupun baju selamat. Perjalanan diteruskan sampai di hadapan masjid ar rahman terpaksa berteduh disebabkan hujan terlampau lebat maka terbantutlah seketika perjalanan untuk kembali ke pejabat.
Perkara yang tidak dijangka
Usai bersolat zuhur berjemaah,kepala mula terasa berat walaupun rambut semakin pendek. Mungkin disebabkan terkena hujan. Walaubagaimanapun ia tidak membantutkan semangatku untuk bertugas. Alhamdulillah rezeki daripada Allah makanan tengah hari disediakan lauknya pun sungguh menarik. Penugasan dimulakan,kawasan penugasan disekitar dewan tunku canselor yang agak sejuk dek angin penghawa dingin yang sepui2 bahasa. Kehadiran mula ramai dari pelajar2 india malaysia,hampir ingat perjumpaan ini melibatkan pelajar negara india rupanya jangkaan meleret jauh.
Benar2 terkejut sekali lagi apabila ingatkan pelancaran biasa2 sahaja tapi rupanya pelajar2 dihidangkan dengan konsert yang agak menjanggalkan umpama kelab malam(disco) pelbagai penyanyi jemputan hadir menghiburkan para pelajar yang hadir. Pelbagai telatah dan kerenah yang dilihat: menari,lompat2 atas kerusi dan macam2 lagi. Akibat suasana yang agak kecoh dan huru hara tetapi masih terkawal keputusan dibuat untuk bertugas diluar kerna tidak tahan dengan pelbagai bauan yang agak harum dicampur dengan suasana yang agak riuh menyebabkan kepala berdenyut kembali.
Telefon bimbitku mula diselup didalam beg,dilihat ia tidak lagi berfungsi mungkin bateri sudah kehabisan. Ketika itu agak sukarla,terasa ingin balik ke bilik tetapi kunci bilik sudah terbagi pada (haulid) seorang sahabat,motosikal pulak tiada memang kebetulan semua yang bertugas tiada kenderaan jadi disebabkan hal tersebut maka malas untuk balik. Agak kebosanan apabila jumlah yang hadir bertugas agak sedikit disamping telefon pulak tidak berfungsi. Cadangnya usai solat asar ada masa rehat mahu pulang ke bilik,hasrat diteruskan. Alangkah terkejut ketika itu jam menunjukkan jam 6 sampai di hadapan pintu bilik,tetapi apabila pintu mula diketuk tiada yang menyahut dan membuka pintu. Langkah mula diatur pulang kembali bertugas, agak buntu juga ketika itu tetapi ahti mula dipujuk supaya menyangka bahawa mungkin sahabat keluar seketika dan akan pulang.
Kesabaran mula di uji
Setelah selasai penugasan langkah mula diatur untuk pulang ke bilik yang terletak di aras 4 blok A kolej kediaman dr ****** shah kk **. Agak kelelhan pabila pulang pun dengan keadaan jalan kaki dan tidak tahu waktu ketika itu jam berapa. Apa yang difikirkan hanyalah pulang berehat dan penuhkan tenaga pada bateri. Hati masih dipujuk untuk menyangka baik bahawa sahabat sudah berada dibilik. Usai sampai di kaki lima aras bawah,hati mula terdetik untuk melihat keatas untuk memastikan lampu bilik menyala,namun sangkaan agak terpeseong bilik gelap. Maka hati agak sedikit terkilan,langkah diatur terus naik ke bilik.
Pintu diketuk.tuk..tuk…tuk..salam diberi “assalamualaikum”..***..nama dipanggil2..masih tiada yang menyahut. Ketika itu tidak seorang pun yang dilihat berada diaras tersebut. Kebanyakan bilik semuanya gelap suasana pun suram. Beg mula diletakkan dihadapan pintu,sepatu kulit mula ditanggalkan.
Hampir sejam menunggu. Sahabat yang diharapkan pulang tidak muncul2 insan2 yang tinggal di aras sama jugak tidak juga kelihatan. Agak kepentan ditambah hati yang mula rasa ingin marah. Bermacam2 sangkaan mula terkeluar dek kerana hasutan syaitan dan nafsu amarah yang semakin meningkat. Langkah diatur turun kebawah untuk ke kolej bersebelahan iaitu kk 1* menjengguk sama ada sahabat tu ada di sana atau tidak. Rupa2nya penat sahaja berjalan orang yang diharapkan tidak juga ada.hampir semua bilik diterjah dek kerana tidak tahu no bilik kawan yang tinggal di kolej tu.
Maka langkah diatur pulang dengan rasa sedikit kecewa…
Sinar pertolongan muncul
Walaupun pulang dengan kecewa ke bilik,namun hati masih lagi dikawal kemarahan juga mula meluntur mungkin kerana Allah ingin mentarbiyah diri supaya sabar dengan sedikit ujian yang datang sekadar menanti selama 2 jam setengah. Tiba2 muncul seorang senior masuk kebiliknya,langkah diatur untuk kebiliknya untuk meminjam komputer riba membuka “facebook”. Alhamdulillah senior memang seorang yang sangat baik sememangnya hubung perkenalan amatlah rapat mungkin juga tas dasra hormat menghormati.Mesej dihantar kepada sahabat untuk bertanya kemanakah beliau menghilang dan bertanyakan kunci bilik. Hanya itu cara terakhir disebabkan senior tiada charger “sony ericson”,nak pinjam telefon bimbitnya agak segan.
Setelah selesai mesej langkah mula diatur keluar dari bilik senior tersebut,balkonila tempat dituju untuk menunggu dan menanti si “penyimpan kunci”. Muncul suara menyapa dan mengajak duduk(lepak) dibiliknya,rupanya suara senior tersebut. Rasa sangat bersyukur dikala diri ini merasa kesusahan dek kerana tiada tempat ingin dituju masih ada yang menghulurkan bantuan. Syukur juga tiba2 muncul seorang rakan yang baru pulang dari kerja memberi pinjam charger telefon bimbitnya. Telefon bimbitku mula di charging sambil bersembang bersama senior berkenaan sukan dan tauliah tamat latihannya.
Sesuatu yang tidak disangka
Telefon bimbitku mula dihidupkan maka muncul berpuluh2 pesanan ringkas antaranya panggilan yang masuk dll. Tiba2 terbaca mesej dari si pemilik “Buroq” tertulis bahawa ayah beliau ingin juga bertemu dengan kami bertiga yang bertanggung jawab dalam misi penghantaran. Pesanan dihantar jam 3.30 petang tetapi mesej dibaca pada jam 2.00 pagi. Datang sebuah mesej lagi,bertanyakan kedudukan ku dimana?dan tertulis bahawa “kesian ayah akk penat tunggu korg bertiga”. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa bersalahnya diri ini dan hati yang mula tidak tenang dan tenteram dek kerana telah menganiaya seorang pakcik disebabkan ingin menunaikan hajatnya untuk berjumpa yang sewajibnya dihormati sebagai seorang ayah.
Kemudian mesej dihantar semula bertanya,dimana ayah beliau berada. Jawapan yang diterima ayah beliau telah pulang. Setelah itu, tanpa melengahkan masa telefon bimbit ayah si pemilik buroq diminta untuk memohon maaf atas apa yang berlaku. Ketika hati mula berasa agak terkedu dek kesalahan yang dilakukan mesej2 yang datang mula dibaca maka terbaca mesej dari si penyimpan kunci berkata kunci diletakkan pada peti elektrik di sebelah bilik,maka kunci terus diambil dan bilik senior mula dtinggalkan secara pelahan2. Syukur sangat2,akhir berjaya juga masuk kebilik.
Muncul kenikmatan setelah harungi keperitan
Sedang beberapa minit masuk kebilik,muncul si penyimpan kunci tersebut pulang dari kenduri katanya yang agak jauh dengan membawa beratus2 cucuk satay. Terkejut dengan rezeki yang agak banyak yang tidak mampu di makan berdua. Ada cerita disebalik mengapa munculnya rezeki satay yang bertus2 tidak dapat diceritakan mungkin sudah terlampau panjang perkongsian ni. Dalam masa yang sama maka si sahabat berkata:
”aku dah contact ko banyak kali tapi tak dapat2 aku pun tak tau nak buat macam mana ak letakla kat peti n bg msej kat ko.,tp ak agak msti ko xdpt bace punye.”
“xpela..bnde dh jadi..ujian untuk ak kot”
aku hanya mampu merelakan hati akan ujian yang menimpa.
sekadar perkongsian:
· * Sabar itu suatu yang sangat indah.
· * Ujian yang datang biasanya mentarbiyah diri dan hati kita.
· * Disebalik kesempitan ujian yang datang ada kenikmatan yang datang tidak disangka dan dijangka.
· * Kadang kala kita terlepas sesuatu kenikmatan atau rezeki tetapi Allah maha pemurah biasanya rezeki kita akan digantikan dengan rezeki yang lain.
· * Besar ganjarannya apabila menunaikan hajat manusia.
· * Kadang kala di dunia ini ada insan yang sering ingin menguji psikologi kita,maka kita seharusnya bersedia.
· * Nikmat syukur itu perlu,bila kita bersyukur nescaya Allah akan tambahkan lagi nikmat kepada kita.
Sekian….mungkin perkongsian ini agak meleret panjang,jangan segan jangan malu,hulurkan komentar anda untuk membaiki penulisan saya.
waallahu a’lam….