Wednesday, June 22, 2011

tRagEdI PaGi RaBu..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah masih diberi kesempatan ruang dan peluang untuk mencoret ape yang tersimpan dalam benak fikiran ini.. MUNGKIN diruangan ini sedikit sebanyak ade input2 yang tiba2 je terlintas boleh dituliskan..

Sekitar jam 6.15pg diriku terjaga dari lena yang pendek..yela dah tidurnya pun agak kelewatan dek kerana menyiapkan mukaddimah post terbaru.. bersyukurlah akhirnya berjaya juga..memang berbaloi walaupun hanya terlena hana 2 jam sahaja..

Lalu mata yang pejam menjadi celik,anak mata yang kecil menjadi besar bukaannya dek kerana kesilauan lampu pagi.. dengan perlahan-lahan badan diregangkan supaya otot2 yang sedang berehat tidak terkejut..maka langkah kaki terus bergerak ke tandas untuk ambil wuduk..

Maka sejadah mula dihamparkan mengikut posisi bearing kompas arah kedudukan kiblat 52'0.. lalu solat dikerjakan........... tangan mula ditadah memoihon doa dan ampunan serta kerahmatan hidup.... alangkah bersyukur dihati ini diberikan peluang untuk solat subuh...

Usai solat,sejadah yang dihamparkan mula dilipat dan diletakkan pada tempat asalnya.. terlintas difikiran untuk pulang ke kampung halaman seawal yang mungkin.. tup2x.. mata mula melihat kearah meja dimana letaknya komputer riba asus ku.. kepala plug mula dipasangkan...

Tangan mula meraba-raba button power..akhirnya button dijumpai dan terus ditekan,laptop mula dihidupkan dan dekstop sudah mula terpampang wall picture showcase amal syuhada attaqwa.. seperti biase broadband dicucuk pada tempat sebetulnya lalu terus dihubungkan..

Jari jemari sudah mula menyentuh key board,seperti biase laman sosial "muka buka"dibuka dan terus menaip pada ruangan status milikku.. waktu menunjukkan jam 7.30pg mata mula terasa mengantuk,leher mula terasa sengal mungkin kerana tidurnya seketika..maka laptop ditutp dimasukkan dalam beg..

Langkah hari ini perlu diteruskan kerna mak kesayangan menunggu kepulangan dirumah.. barang2 mula dikemas dan dimasukkan kedalam beg galas yg di sponsor oleh "lembaga koko m'sia".. anak tangga mula dituruni untuk ke motosikal yamaha lagenda 11o

Enjin motoboat mula dihidupkan dan dibiarkan beberapa minit bagi membantu kelancaran minyak pada engin..deruman engin sudah mula dirasakan kepanasan engin juga turut terasa... helmet,jaket dan sarung tangan dipakai dengan rapi..

Lafaz bismillah doa naik kenderaan dibaca,meminta supaya selamat perjalanan pulang kerumah.. vroooooommmm.... perjalan kerumah biasenye 1 jam 45 minit kadar kelajuan 130km/j.. tetapi entah mengapa hati ini tidak berkeinginan untuk mengikut kelajuan biasa..mungkin petanda.....

Kelajuan dipilih 90km/j..suasana pagi mula terasa,jalan raya sesak dengan pelbagai kenderaan orang ramai mula ingin masuk kerja..maklumla jam ketika itu menunjukkan jam8.30 pg.. jalan yang dipilih mengikut federal highway biase ikut LDP..so akan melalui subangjaya,shah alam,meru dll..

Dengan rasa tenang dan damai sambil mengelamun motosikal terus bergerak mengikut laluan...sehingga akibat leka dengan lamunan kedamaian pagi hari hingga terlupa untuk berhenti pada persimpangan lampu isyarat,lampu ketika itu merah..tetapi mujurlah tiada kenderaan dari arah lain bergerak..maka perjalanan diteruskan..yela perjalanan pun jauh lagi mane taknnye baru lepas pekan rantau panjang klang...jauh lagi nak jumpa sabak bernam...

Dengan rasa tak bersalahnya perjalanan diteruskan...kelajuan still maintain..tak terasa nak pecut...tiba2x.....opsssssssss...alamak....aduiiii.. perjalanan terkandas dek kerana sekatan jalanraya yang dibuat..mane la sangka pagi2 pun ade roadblock..memamg sesuatu yang xdisangka2.. jalan yang tenang usah dikatakan tiada penunggunya...maka tangan yang diliputi kain putih dituding kemotoboat ku..mengarahkan supaya berhenti..dengan redhonye berhentilah...





"cik,mintak ic & lesen...??" kata pegawai trafik kepada pesalah tersebut..

"ohhh..ada ape ye cik???"pura2 bertanya soklan..mengelabah jugak selalunye steady jugak..

"maaf cik,cik dah langgar lampu isyrat merah.." dengan nada tenang..

"ohhh..yekew..??allahuakbar..maaf sangat2 cik saya xperasan..


maka surat cinta ditulis dihadapan mata ini..memang rasa nak gelak puas2la..apela naseb..tidak mengapalah papehal kena jawab di court..insan tersebut melakukan kewajipan mereka..so akurlah dengan kesalahan tersebut juga..


p/s: pengajaran dari kisah ini:

1. sesuatu ujian itu pasti akan dirasai oleh semua orang,cuma tahap ujian itu sahaja yang berbeza.
2. bawak kenderaan memerlukan fokus,kesabaran dan tahu undang2.
3. kita kena akur akan segala kesalahan yang kita lakukan bila mana mendapat teguran.
4. bersyukur bila mana masih ada insan yang berani menegur kesalahan kita.

2 ulasan:

Teratak Chipmunk said...

ya ampun...anda kena saman kah...ingat ape la..tu la bahaye nyer langgr lampu merah ne..naseb baek la kena saman je bai..klu .... errgghh ta mo ckp..mintak simpang la..huhu mybe lpas ne awop jadi pmndu terhemah di UM mungkin..hehe so moral of the story, patuhi jln raya.. (^^,)

Qaisar Al-Hamra said...

hehehe...dapat surat cinta,,,terbaiklah ;P

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...