Thursday, June 30, 2011

KeKuAsAanNYA....yAng HaKiKi..

Assalamualaikum w.b.t


Sebuah perbualan yang seakan-akan perbualan nabi sulaiman dengan Allah S.W.t kisah yang diceritakan oleh seorang ulama':

nabi sulaiman berkata: wahai Allah,aku ini seorang nabi.

Allah menjawab: Ya memang engkau seorang nabi yang telah di utus oleh aku.

nabi sulaiman berkata lagi: benar Ya Allah.aku adalah utusanMu

Allah bertanya: jadi apa yang engkau mahu wahai sulaiman.

nabi sulaiman menjawab: wahai Allah,aku adalah seorang nabi,aku juga diberi keistimewaan daripadaMu untuk mentadbir makhluk2 yang ada dimuka bumi ini.

Allah menjawab: benar wahai sulaiman,tetapi semua itu tidak akan terjadi tanpa izin daripadaKu

nabi sulaiman berkata lagi: haiwan2,jin2,makhluk2 samaada yang hidup di darat mahupun di dalam air juga unsur air,udara,angin dan air semua dibawah tadbiranku Ya Allah.

Allah bertanya pada nabi sulaiman: jadi apa yang engkau mahukan sulaiman?

nabi sulaiman menjawab: wahai Allah, hari ini aku telah mampu untuk mengantikan tanggungjawabMu,aku mempunyai bala tentera yang ramai.

Allah menjawab: wahai sulaiman,sememangnya engkau tidak akan mampu mengantikan tugasKu..

nabi sulaiman bertanya: mengapakah Ya Allah,aku mampu mengarahkan bala tenteraku untuk menerima arahan daripadaku..

Allah menjawab: sulaiman usahlah engkau berasa bangga dengan apa yang engkau ada,sesungguhnya apa yang ada dimuka bumi ini dan seluruh isinya adalah dibawah penguasaanku.

nabi sulaiman berkata: Ya Allah,izinkanlah aku untuk mengantikan tugasMu hanya dengan memberi makan kepada makhlukMu sahaja.. benarkanlah Ya Allah.


MAKA Allah telah mengizinkan nabi sulaiman untuk memberi makan kepada seekor ikaun paus yang hidup dilautan..


Allah berkata: wahai sulaiman,baiklah aku izinkan engkau untuk memberi hanya seekor ikan paus.. engkau berikanlah ia makan dengan sepuasnya.

nabi sulaiman menjawab: terima kasih wahai Allah akan aku uruskan hal ini..


MAKA nabi sulaiman pulang ke istana dan mengarahkan segala bala tenteranya untuk mendapatkan makanan supaya dapat diberikan kepada ikan paus tersebut. tempoh diberikan selama 3 hari

makanan tersebut mestilah menjadi sebuah longgokan makanan yang besar.

BERLALU hari yang telah dijanjikan,maka makanan untuk ikan paus tersebut disediakan dan dilonggokan menjadi 1 longgokan makanan diletakan ditepi laut. nabi Allah sulaiman pun meminta keizinan daripada Allah s.w.t untuk mendatangkan ikan paus tesrsebut.


nabi sulaiman berkata: wahai Allah segala persiapan telah aku selesaikan.


MAKA dengan izin Allah s.w.t seekor ikan paus yang besar telah hampir ke tepi laut dan terus menyambar santapan makanan yang telah disediakan oleh nabi sulaiman dan bala tenteranya.

dengan sekali nguapan sahaja makanan yang dilonggokan ditelan ikan paus tersebut.

NABI sulaiman pun berasa gembira kerana tugasnya telah diselesaikan dan berasa berjaya untuk menyambung tugas Allah s.w.t yang lain.

sesudah ikan paus itu makan,ikan tersebut menunggu agak lama ditepi laut. Nabi sulaiman pun berasa hairan..


MAKA ditanya oleh nabi sulaiman akan ikan tersebut:


nabi sulaiman bertanya:wahai ikan paus,adakah engkau puas dengan makanan yang telah aku sediakan.

maka si ikan menjawab dan berkata : tidak..adakah ada dalam tanganmu makanan yang lain.

maka nabi sulaiman kehairanan dan bertanya kepada tenteranya: adakah ada makanan yang lain dalam simpanan kita..

dijawab oleh tenteranya,makanan semuanya telah dihabiskan ikan paus tersebut dan tiada lagi simpanan

si ikan berkata:wahai nabi sulaiman,sesungguhnya kebiasaan makanan yang diberikan kepadaku adalah lebih 3 kali ganda dari apa yang engkau berikan.


MAKA nabi sulaiman terkejut dan begitu rasa malu pada Allah s.w.t.

NABI sulaiman berkata:wahai Allah,sesungguhnya benar kata2Mu,aku ini utusanMu,aku juga hambaMu,aku tidak mampu mengantikan urusan tanggungjawabMU.Segalanya adalah dengan keizinanMU

Lantaran itu nabi sulaiman ditempelak oleh Allah s.w.t.


Allah berkata:wahai sulaiman sesungguhnya engkau tidak mampu mengantikan tugasanku dan tanggungjawabku.




Dengan rasa dukacitanya maka nabi sulaiman memohon ampun dan kemaafan daripada Allah s.w.t atas rasa kebesarannya yang memiliki dan menakluki semua hidupan yang ada dibumi.Dan bertaubat atas segala keegoan dan keangkuhan yang dimiliki dalam hati..

Dan realiti hari ini,manusia telah mengambil tugas Allah s.w.t tanpa disedari walaupun hakikatnya ianya nampak baik tetapi sebaliknya. Hal ini kerana,kita ambil contoh manusia sendiri telah ambil tugas Allah menjaga bumi dan makhluk serta hidupan

yang ada di muka bumi ini. Jadi usah kita melihat dan berfikir akan perkara yang agak jauh tetapi lihat pada apa yang kita lihat disekeliling kita.


Hari ini manusia telah menangkap haiwan serta binatang yang hidup dimuka bumi ini dengan meletakkan bintang dan haiwan tersebut didalam sanggar mahupun di dalam zoo bertujuan untuk menjaga dan memelihara haiwan dan bintang tersebut. namun demikian

cuba kita fikirkan sejenak, Adakah perkara yang kita lakukan ini perkara yang baik? Adakah kita benar2 menjaga dan memelihara bintang dan haiwan tersebut dengan baik sepertimana yang telah Allah s.w.t pelihara. Kita ambil contoh, hari ini hidupan didalam hutan

dan juga hidupan liar ditembak serta ditangkap dan di masukkan kedalam zoo atau pusat pemeliharaan haiwan2 liar2 bertujuan bagi menjaga memelihara haiwan2 serta bintang2 liar yang hidup di hutan mahupun dimana2 tempat hidup tanpa dengan makanan yang cukup bagi mengelakkan kepupusan.


Malangnya hari ini kita sendiri yang melalukan kezaliman terhadap hidupan2 liar tersebut,kita yang menceroboh hutan dan habitat tempat mereka tinggal dan kita juga cuba ingin berpura2 mengambil tanggungjawab untuk menjaga konon2nya sedangkan haiwan2 tersebut telah hidup lama berkurun2

lamanya didalam hutan dengan sihat dan sebagainya. Adakah kita pasti bahawa haiwan2 dan bintang yang telah ditangkap dan dimasukkan dalam zoo tersebut hidup gembira aman damai dan cukup makan dan minumnya? semestinya jawapannya adalah tidak. Kita beranggapan bahawa bahawa apa yang kita lakukan

adalah sesuatu yang mulia walhal sebaliknya, haiwan2 dan bintang2 yang ada di dalam pusat pemeliharaan atau zoo sebenarnya hidup tiada kebebesan dan hidup mereka tersiksa,habitat mereka juga tidak dapat berkembang.


Itulah yang ingin dikatakan manusia hari ini buat kerja bukan sepatutnya,sebenarnya tugasan manusia banyak lagi dimuka bumi Allah s.w.t. Tanggungjawab sebagai khalifah pun masih tidak dpat diselesaikan dengan sempurna tetapi sudah mula mengantikan tugas Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah maha berkuasa,

Allah yang menciptakan dunia dan seisinya,Allah jugalah yang memberi rezeki kepada mahluknya. Tetapi hari ini manusia telah salah faham,bahawa menangkap haiwan2 hidupan liar pada habitatnya dan diletakkan didalam zoo adalah tanggungjawab mereka,mereka yang bertanggungjawab keatas haiwan2 tersebut.

tanggungjawab memberi makanan pun adalah daripada tangan mereka sendiri,rezeki haiwan2 tersebut juga pada tangan mereka manusia sendiri.


Mari kita fikirkan,haiwan seperti gajah yang makan bertan-tan tebu dan sebagainya semasa hidup dihutan tetapi didalam zoo diberi makanan kurang seperti mana mereka makan didalam hutan tempat habitat mereka tinggal,begitu juga dengan harimau dan lain2 lagi selama ini rezeki mereka dalam habitat mereka adalah mencukupi.Hatta kutipan tiket pun masih tidak dapat menampung perbelanjaan pengurusan haiwan yang hidup didalam zoo tersebut. Sehingga pihak zoo terpaksa menawarkan kepada mana2 ahli koperat yang sanggup menjadi bapa angkat kepada haiwan2 yang ada di zoo tersebut. hal ini benar2 terjadi.

kerana semuanya ditangan dan menjadi tanggungjawab Allah s.w.t. Tetapi hari ini tangan manusia jugalah yang telah memusnahkan segala nikmat dan kurniaan Allah s.w.t. Hari ini juga manusia lupa dan masih alpa akan kezaliman ang telah dilakukan pada muka bumi Allah dan apa yang ada pada sisinya.


Justeru itu,hari ini kita perlu berfikir semula dan bermuhasabah:

1. Apakah tanggungjawab kita sebagai hamba dan khalifah dimuka bumi Allah s.w.t telah dilaksanakan sebaik2nya?

2. Adakah kita benar2 melakukan kerja dan amanah yang telah diberikan?



3. Adakah kita melakukan sesuatu itu kena pada tempatnya?

1 ulasan:

Scribble Life of Aleen said...

menarik! lin lom penah ag dgr about dis story la..cume lin tahu klebihan nabi sulaiman yg bole berkomunikasi dgn haiwan..
sesgguhnya tiada apa dan siapa pon yang mmpu menandingi/mnggntikan kekuasaan dah kehebatan Allah..
nice post bai...
(^^,) teruskan.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...