Friday, October 28, 2011

Hidup seperti DIVA..


Memang agak lama menyepi diri..tapi entah mengapa jari jemari ini terasa nak menekan key board laptop neh..sudah lama hajat dihati untuk mengemas sawang2 dan habuk yang melekat pada laman sesawang neh,hampir 2 bulan terbiar. Umpama sebuah kebun pada asalnya bersih tiada lalang yang tumbuh tapi dek kerana tuan empunya kebun pergi  melancong lama maka kebun tersebut ditinggal tanpa ada yang mengawal selia. Makanya bukan saja lalang yang hidup segala hidupan ciptaan ALLAH SWT hidup di kebun tu..beginila umpamanya laman sesawang yang ditinggal tanpa jagaan rapi dari tuan empunya laman tu sendiri..
“Begitulah natijah hidup ini kadang2 hati kita juga perlu diisi dengan sesuatu yang bermanfaat seperti mana ladang sawit yang perlu diairi..”
Persoalannya disini bukan nak cerita pasal kebun,cucuk tanam,ladang dll. Nak cerita bagaimana rasanya hidup umpama seorang diva,artis,YB dll.. aishhh.. tak faham dengan kehidupan hari ini.. mungkin ramai nak tahu apakah & bagaimanakah “diVA” terhasil. Susah bebenor nak cerite.. Tapi realitinya TETAP terjadi …

ADAKAH anda merasakan segala apa yang anda lakukan diperhatikan..???
ADAKAH  anda merasakan ada wartawan2 yang tidak bertauliah yang sentiasa mengemaskini berita terntang anda..???
MENGAPAKAH perbuatan,tingkah laku anda menjadi perhatian ramai terutama wartawan yang tidak bertauliah..???
APAKAH mereka ini (wartawan yang tidak bertauliah) tiada kerja lain hanya kemaskini tentang diri anda sahaja…???
ADAKAH mereka tak bosan dengan kerja mereka(wartawan tak bertauliah)…???
SERONOKKAH menjadi wartawan tak bertauliah neh..???
Hidup.. inilah rupanya..ada mulut2 yang akan tidak berhenti dari bercerite tentang peribadi orang..kalau boleh dari lahir individu tu sampai individu tuh dah di hantar kekubur pun wartawan tu nak update bukan tu je..hatta individu tu dah lame kat kubur pun cerite tentang individu(diva) masih tak basi..sentiasa diupdate.. sakit hati nak cerite..tapi realitila..
Pergerakan anda seharian,pakaian yang anda pakai,dengan siapa anda berkawan,dengan siapa anda berhubung,dengan siapa anda bercakap semua wartawan neh akan update.. hebat wartawan neh..  nak kate mereka ni SB “special branch” pun boleh..kalau wartawan keje update salah silap & cerite2 hot yang diva tu buat..kalau SB neh plakk akan update semua maklumat & pegerakan individu tu.. senang cerite wartawan ne memang membuat liputan meluas.tak tahulaa berapa jumlah gaji yang mereka dapat.
Suatu perkara yang bodoh,kadang diri wartawan tak bertauliah bukanlah hebat mana..nak kata pandai buat kerja takberape nak pandai.. tak salah nak jadi wartawan tapi wartawan yang membuat liputan yang benarlah..kalau nak sangat jadi wartawan tak bertauliah bukan tak boleh tapi updatela perkara yang baik..jangan buka aib orang lain,jangan mengadu domba,jangan memfitnah,pastikanlah sumber2 maklumat tu betul dan benar.
Sedih belajar bab2 agama,ilmu mantap,pointer tinggi,dapat anugerah dekan,pakaian pun sopan.. tapi akhlak,mualamah dengan orang masalah. Bercerite perkara benar tu baik tapi usahlah menjadi batu api yang menyebabkan ramai orang terlibat. Memecahkan hubungan silaturahmi bukan cara dimahukan ISLAM..
Fikir2kanlah..bagi yang menjadi wartawan yang tidak bertauliah..ingatlah hidup umpama roda, suatu masa apa yang anda buat pada orang lain akan datang pada diri anda juga..pada masa itu menyesal pun tiada guna..berhentilah buatlah perkara yang baik..jagalah diri anda,usahlah mencari salah dan silap orang lain sahaja..

p/s: bagi yang terasa ini adalah 1 teguran dan nasihat,bukan penghinaan dll..sama2 menjadi 1 nasihat buat diri ini juga. Fikir2kan apakah perasaan orang lain dengan perbuatan anda..??adakah anda mahu diperlakukan begini.

1 ulasan:

mastinah said...

Jauhilah perkara-perkara keji yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menutupinya dengan tutupan Allah dan bertaubat kepada Allah. Ini kerana jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah Azza wa Jalla. (Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no: 7615 dan beliau berkata: Hadis ini sahih atas syarat kedua-dua syaikh (al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya.Ini dipersetujui oleh al-Zahabi.)

Sesiapa yang menutupi (kesalahan) seorang muslim maka Allah menutupinya di dunia dan akhirat. (Shahih Sunan Ibn Majah, hadis 2078]. Imam Ibn Majah meletakkan hadis ini dalam bahagian Kitab al-Hudud, Bab menutup kesalahan seorang mukmin dan mengelak hukuman hudud disebabkan syubhat.)

sumber: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=98.0

syukran bai atas perkongsian. =)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...