Monday, December 14, 2009

Hadiah MAJMUAH




Tahniah kepada Majmuah 1 sem 4....


Salam sejahtera kepada yang sempat membaca blog ana..Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerna dengan limpah kurnia serta inayahNya yang diberikan kepada hambaNya untuk berceloteh untuk seketika waktu.


Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih di ucapkan kepada sahabat muslimin majmuah 1 semester 4 yang telah bertungkus lumus serta berhempas pulas untuk menjuarai Pertandingan Futsal Piala Timbalan Pengarah bagi sesi 2009.Untuk pengetahuan semua,pertandingan ini merupakan program yang julung kali di buat di Apium nilam puri, penglibatan peserta juga amat memberangsangkan samaada daripada pihak muslimin mahaupun muslimat.


Selain itu,pihak pentadbiran universiti malaya nilam puri juga sangat2 menyokong usaha yang dilakukan oleh MPP & JTK dengan kerjasama semua pelajar APIUM Nilam Puri dalam menjayakan program ini. Macam2 perkara yang telah terjadi sewaktu pertandingan tetapi alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dilaporkanlah.Program ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pelajar semester 2 & 4.Selain itu,memberikan kegembiraan serta dapat membuatkan ramai pelajar sihat & berstamina.


Diharap program sebegini akan di anjurkan oleh pihak pentadbiran APIUM Nilam Puri demi menghasilkan pelajar yang sihat tubuh badan,berkebolehan dalam sukan,mempunyai stamina yang tinggi,semangat kesukanan  yang mendalam & lain2 lagi,insyallah.
Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur & urusetia program.


Barisan pemain Futsal majmuah 1...


Muslimin
 1.Farhan(penyerang)
 2.Faris (sayap kanan)
 3.Edham (sayap kiri)
 4.Awang (benteng)
 5.Rizal (penjaga gol)
 6.Baihaqi (simpanan)
 7.Zaki (simpanan)
 8.Ali hasyim (pengurus)


"Majulah Majmuah 1 Untuk Apium.."
     Majmuah 1!BOLEH!!


Kejuaraan milik majmuah 1...
Tahniah kepada barisan pemain..
Bagi yang tewas di tangan skuad Maj 1 janganlah hampa cuba di masa akan datang..

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...